Monday, June 15, 2009

...alpa 2- episod 1-rumah tepi sekolah

....ada banyak kenangan di sini...hatta waktu pindah ke rumah ini pun masih terbayang-bayang. Rumah tepi Sekolah Kebangsaan Sri Utama. Rumah ni lama kekalnya...tak silap aku baru beberapa tahun kebelakangan ni aje ia dirobohkan. Mengikut kata ayah aku, tapak tanah rumah tu ialah tanah yang pertama ia beli...walaupun begitu...tanah tu dah dijual sebab nak buat rumah mak aku yang kat Sg Ramal......sedih jugak.

.....Aku tak tahu umur aku masa tu...tapi yang aku tahu di sinilah aku mula-mula bersekolah....sekolah tepi rumah. Hari pertama aku sekolah pun aku masih ingat...sekolah sebelah petang. Ada satu cikgu tu ( tak tahu pun siapa namanya )....bila nak habis sekolah hari pertama...dia bagi tau kat semua murid-murid dalam kelas aku..." Cuba contoh Azhar....elok aje dia tak nangis dalam kelas" ....he!he!alhamdulillah...Allah kekalkan peristiwa itu dalam ingatan aku

....dan dalam ramai-ramai guru kat situ semasa aku darjah satu...ada seorang guru...namanya Cikgu Dasuki....guru kelas aku...aku rasa dia duduk sekejap aje kat sekolah tu....sampai sekarang aku teringin nak jumpa dia...tak tahu apa sebab...tak banyak kenangan aku bersama dia tapi nama dia sentiasa dalam kenangan...moga Allah swt pertemukan aku dengan dia suatu hari nanti...

2 comments:

  1. Salam. Ustaz. best la blog ni...
    boleh jadi novel kenang-kenangan. saya nak buat juga lah.

    selamat berkarya

    ReplyDelete
  2. Tapi, templete yang ustaz guna kurang menarik... kalau yang ada unsur kenangan ok la juga... sambil baca tu, sambil berkhayal..., hhehehehe ...

    apa2 pun tahniah buat ustaz.
    kita jumpa hari sabtu ini. di Perdana Resort

    ReplyDelete